Iskandar Zulqarnain

Iskandar zulqarnain adalah merupakan salah seorang daripada tokoh kepimpinan Islam yang dinyatakan di dalam Al-Quran melalui surah Al-Kahfi (Ayat 83 – 99). Diantara petikan ayat-ayatnya ialah :

 “Hingga dia (Zulqarnain) telah sampai di tempat matahari terbenam, dia melihatnya terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan di sana ditemukan suatu kaum (tidak beragama). Kami berfirman :

 “Wahai Zulqarnain! Engkau boleh menghukum atau berbuat kebaikan (mengajak beriman) kepada mereka.” (Ayat 86).

 “Hingga ketika dia sampai di antara dua gunung, didapatinya dibelakangnya suatu kaum yang hampir tidak memahami perbicaraan.” (Ayat 93)

 “Berilah aku potongan-potongan besi!”. Hingga ketika besi itu telah sama rata dengan puncak itu, dia berkata, “Tiuplah api itu!”. Ketika itu sudah menjadi api (merah), diapun berkata, “Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atasnya!”. (Ayat 97)

 “Maka mereka (Ya’juj dan Ma’juj) tidak dapat mendaki dan tidak dapat melubanginya.” (Ayat 97)

 Hasil daripada pencarian melalui laman web, didapati bahawa terdapatnya dua versi di dalam Islam mengenai Iskandar Zulqarnain iaitu :

  1. Terdapat pendapat bahawa Iskandar Zulqarnain adalah merupakan Raja Darius iaitu Raja Persia iaitu kira-kira 300 tahun sebelum masa Alexander, Cyrus atau beberapa generasi yang lebih tua dari itu.
  2. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Iskandar Zulqarnain adalah merupakan salah seorang daripada keturunan daripada salah satu Fir’aun pada zaman Nabi Musa a.s. Di nyatakan bahawa Iskandar Zulqarnain telah mengikut ajaran Nabi Musa a.s mengembara hingga ke Negara China sehingga menyumbang kepada pembuatan kertas kerana pada masa tersebut, kertas hanya ada di Mesir daripada Papyrus (Paper).

 Walau apapun, daripada huraian di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa Iskandar Zulqarnain bukanlah Alexander The Great seperti yang digambar di dalam filem-filem barat atau daripada sumber-sumber penulisan daripada negara barat. Ini kerana ianya jelas bertentangan dengan sifat-sifat mulia yang ditonjolkan oleh Iskandar Zulqarnain berbanding dengan Alexander The Great dari Macedonia yang merupakan penyembah berhala, melakukan penjajahan dengan berbagai cara iaitu kedatangannya dengan merosak dan merampas segalanya di dalam perperangannya, mempunyai keinginan terhadap sesama jantina (gay) serta yang paling utamanya ialah tidak membina tembok pembatas sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran. Maka terbuktilah bahawa Alexander The Great yang diwar-warkan sebagai Iskandar Zulqarnain sebenarnya adalah merupakan dakyah sesetengah pihak yang bertujuan untuk memesongkan serta merosakkan akhlak umat Islam.

Salah satu pendapat lain yang dijumpai sepanjang pencarian ini, saya menemui satu lagi kisah mengenai Iskandar Zulqarnain yang menyatakan bahawa Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama. Perkataan Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk. 2 tanduk ini adalah merupakan simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat. Adalah dipercayai, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran. Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar. Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas. Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu. Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya. Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini. Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau. Dan paling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.

 

 Iskandar Zulqarnain

Daripada segala pendapat dan cerita mengenai Iskandar Zularnain, di sini saya ingin mengaitkan diantara pendapat di atas dengan cerita mengenai Iskandar Zulqarnain. Namun cerita ini lebih mirip kepada Iskandar Zulqarnain sebagai Raja Darius.

 Iskandar Zulqarnain adalah merupakan Seorang Raja Persia yang beragama Islam. Beliau adalah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakatnya dan dikurniakan Allah dengan kepintaran akal fikiran serta mahir di dalam ilmu pengetahuan antaranya Ilmu peperangan, Ilmu kimia, politik dan sebagainya lagi.

 Melihat kepada peperangan yang selalu tercetus di antara manusia yang telah menjadi tradisi dari generasi ke generasi yang seterusnya terus berlaku memberikan kesan buruk kepada bumi Allah. Daripada peperangan ini, banyak kesan yang dapat beliau lihat diantaranya ialah kerosakan kepada bumi, harta benda, tanaman, ternakan serta menyebabkan ramai manusia yang tidak berdosa menjadi korban.

 Oleh yang demikian, demi menghentikan perkara tersebut, maka beliau mengembara bersama tenteranya ke arah Timur. Di sanalah terletaknya Laut Hitam atau Danau Ural. Di sanalah beliau bertemu dengan satu kaum yang tidak beragama (ada pendapat menyebut bahawa kaum turki atau Taraka-Yatruku). Setelah memohon petunjuk daripada Allah s.w.t, maka petunjuk daripada Allah s.w.t adalah menakluki kaum tersebut dengan berbuat kebaikan yakni mengajak meraka beriman kepada Allah s.w.t dan menghukum kepada mereka yang ingkar dan takbur dengan ajaran Allah s.w.t. Maka berbuatlah beliau seperti petunjuk tersebut. Maka bertamadunlah kaum tersebut dengan menganuti agama Islam iaitu bagi mereka yang menerima kebaikan dengan bertakwa kepada Allah s.w.t.

Pengembaraannya ke arah Barat pula hingga menemukan beliau satu kawasan diantara dua gunung. Maka di sanalah beliau bertemu dengan suatu kaum yang hampir tidak difahami bahasanya serta tidak memahami bahasa beliau. Maka di sinilah beliau mendapati bahawa satu kaum (pendapat menyatakan bahawa Kaum Yunani iaitu termasuk Macedonia) yang suka menyerang kaum lain. Kaum ini dianggap sebagai kaum yang menjadi alat kepada Ya’juj dan Ma’juj. Di sinilah maka beliau membina satu tembok daripada besi dan tembaga bagi menghalang Ya’juj dan Ma’juj daripada terusan menyerang kaum-kaum lain yang tidak berdosa. Kehebatan tembok ini tidak dapat diperkatakan sehingga digambarkan setinggi gunung bagi menghalang Ya’juj dan Ma’juj dari memanjatnya. Kekuatan tembok pula digambarkan amat kukuh memandangkan ianya terbina daripada besi dan tembaga bagi menghalang Ya’juj dan Ma’juj daripada menembusi tebok ini.

 

Ulasan

Hikayat ini lebih menyentuh kepada pendapat 1 yang menyatakan bahawa Iskandar Zulqarnain adalah merupakan Raja Persia iaitu Darius. Hikayat ini tidaklah dapat dinyatakan sebagai kisah sebenar Iskandar Zulqarnain. Namun ianya diolah daripada sumber-sumber yang didapati daripada internet. Cerita ini adalah merupakan hasil gabungan sumber-sumer tersebut dan olahan semula cerita dihasilkan daripada bahan tersebut. Yang nyata, Iskandar Zulqarnain adalah merupakan seorang yang mengikuti segala suruhan Allah s.w.t. Jalan cerita dan fakta-fakta yang dinyatakan masih kabur bagi saya pada masa kini……Wallahu’alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: